Shah Firdaus mahu nikmati kayuhan di Birmingham 2020

Iklan
Shah Firdaus giat menjalani latihan sebagai persiapan ke Birmingham 2022 yang dijadualkan dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini

ATLET berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, hanya mahu menikmati kayuhannya meskipun merasakan tekanan sebagai sandaran utama meraih pingat pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2020 bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Pelumba berusia 25 tahun itu berkata, setiap kali dirinya menikmati perlumbaan di trek, beliau dapat beraksi dengan baik.

Iklan
Iklan

Malah, beliau berkata, pengalaman pada penampilan sulung di temasya itu di Gold Coasat, Australia, empat tahun lalu turut mematangkannya dalam mengawal situasi bagi mengelak perkara yang boleh menjejaskan peluang menaiki podium di Birmingham.

"Saya ada pengalaman di Sukan Komanwel sebelum ini apabila beraksi di pentas final, tekanan itu tinggi dan saya belajar daripada situasi itu juga," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad berbasikal kebangsaan di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai pada Isnin.

Iklan

Pada penampilan di Gold Coast, Shah Firdaus menduduki tempat keempat pada final acara pecut lelaki selain membantu Malaysia menamatkan final pecut berpasukan di kedudukan kelima di samping turut mengambil bahagian dalam acara keirin dan 1 Kilometer (km) ujian masa.

Shah Firdaus menjadi sandaran utama skuad berbasikal trek kebangsaan di Birmingham selepas jaguh negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, tidak menyertai temasya sukan itu kerana masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan jantung terbuka, April lepas.

Iklan

Ketika ditanya mengenai peluang menghadiahkan kilauan pingat, beliau berkata, tiada yang mustahil dalam mencapai matlamat tersebut namun mengakui saingan sengit dengan kehadiran pemegang rekod dunia dan perlumba terbaik dunia.

Sementara itu, ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, mengakui situasi agak berbeza tanpa Mohd Azizulhasni, namun menegaskan ketiadaan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu adalah masa untuk semua pelumba terutama Shah Firdaus menyinar.

Jurulatih dari Australia itu menyifatkan Shah Firdaus sebagai salah seorang pelumba keirin terbaik dunia dan akan menghadapi cabaran hebat daripada pelumba utama seperti Matthew Glaetzer dari Australia dan pemenang gangsa Sukan Olim[pik Tokyo 2020, Jack Carlin dari Great Britain.

"Sudah tiba masa untuk Shah Firdaus menonjol dan jika dia bersaing mengikut kemampuannya, sudah pasti dia akan berada di podium," katanya.

Skuad berbasikal trek kebangsaan ke Birmingham terdiri daripada tiga atlet lelaki dan wanita dengan kedua-duanya merupakan kombinasi antara pelumba berpengalaman dan baharu.

Tiga pelumba lelaki adalah Shah Firdaus, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Sahrom sementara pelumba wanita adalah Anis Amira Rosidi, Nurul Aliana Syafika Azizan dan pelumba muda meningkat naik, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.- Bernama