Alahai logo Hari Kebangsaan

Iklan
Logo yang mengambil inspirasi simbol WiFi atau liputan jalur lebar ini dilihat macam sekadar melepaskan batuk di tangga.

MERAK Jalanan bukanlah pandai sangat dalam bidang rekaan, grafik ataupun mencipta logo. Memang tidak ada lulusan pun dalam bidang ini.

Tapi kata orang, dua dekad kerja dalam bidang media ini, mata Merak Jalanan boleh pakai jugalah dalam menilai hasil-hasil kerja kreatif.

Iklan
Iklan

Maklumlah kadangkala nak menghasilkan muka depan akhbar atau mana-mana laporan khas, infografik dan logo-logo program memang melibatkan kreativiti bersama dengan pereka grafik.

Namun, Merak Jalanan terpaksa mengakui agak kecewa apabila melihat logo Hari Kebangsaan yang diumumkan baru-baru ini.

Iklan

Apa tidaknya, ini logo untuk peringkat nasional, bukanlah logo-logo program sekolah atau peringkat agensi.

Tapi logo yang mengambil inspirasi simbol WiFi atau liputan jalur lebar ini dilihat macam sekadar melepaskan batuk di tangga.

Iklan

Terlalu mudah dan lebih mengecewakan jauh sekali daripada karya asli. Sekadar ambil simbol WiFi dan letak tanda bintik atau bulat. Habis kerja!

Logo kata orang tidak semestinya cantik, sebab cantik itu subjektif tapi logo yang berperingkat nasional ini biarlah unik, ada identiti dan asli.

Merak Jalanan akui, dalam tempoh 65 tahun merdeka ini, kita dah saksikan macam-macam logo Hari Kebangsaan. Ada yang memang luar biasa, ada yang sederhana pada dan ada yang agak mengecewakan pada pandangan mata.

Ada logo dengan tema 'padu' sampaikan digunakan bertahun-tahun. Contohnya, logo bertemakan Keranamu Malaysia yang digunakan dari tahun 2000 hingga 2006.

Cuma permintaan Merak Jalanan dan juga ramai rakyat Malaysia, untuk pereka dan pemilihan logo kebangsaan selepas ini elakkan lah mencipta logo terlalu mengampu pemimpin atau bos masing-masing.

Memang sukar nak puaskan hati semua orang, tapi janganlah sampai digelar logo tahap budak tadika.