Laksana TVET waktu Tingkatan 1, bukan tingkatan 4

Iklan
Program TVET perlu dilaksanakan seawal Tingkatan 1 bagi memberi peluang pelajar memilih bidang kemahiran yang diminati.

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pengarah Pendidikan berpandangan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dilaksanakan lebih awal iaitu ketika di Tingkatan 1 berbanding Tingkatan 4 ketika ini bagi memberi peluang kepada pelajar memilih bidang kemahiran yang mereka minati.

Menurut Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, pelajaran TVET amat diperlukan pada masa kini kerana skopnya luas di mana pelajar boleh memilih sama ada mahu bekerja dalam sektor industri atau melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.