PELAKON terkenal, Sherry Ibrahim berkata dia tidak membuat sebarang pembedahan wajah seperti mana tular di media sosial.
Sherry, berkata, dia mempunyai etika dan tidak akan mengambil risiko semata-mata untuk tampil lebih cantik.
"Walaupun orang kata ada duit lebih kalau nak nampak lagi cantik saya takkan buat.
"Baik duit tu saya labur dekat bisnes daripada belanja kat muka, nanti cucuk nampak pelik dan lain pula.
"Saya ada etika dan terima muka saya seadanya.
"Semua itu hanya sebab teknik solekan, stail tudung dan juga sudut pandang yang di ambil," katanya kepada Sinar Harian.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Ibrahim kongsi tips ingin berjaya]
Sherry ditemui ketika sesi photo shoot bersama majalah Hijabista.
Pelakon itu juga sedar bahawa akan ada kesan sampingan jika dia berbuat demikian.
"Saya takut nak buat sebab tak semua yang buat surgeri nampak cantik dan ia nya akan ada kesan sampingan bila berumur nanti.
"Saya juga tak mahu orang kata tak original.
"Bila orang kata saya buat surgeri dan muka makin cantik saya bagaimanapun terima sahaja dan anggap ia sebagai pujian," akhirinya.