LONDON - Harga bahan api di United Kingdom terus meningkat hingga capai paras tertinggi, menurut Agensi Berita Jordan (Petra).
The Independent pada Isnin melaporkan harga petrol mencecah paras tertinggi pada 191.53 pence seliter, manakala harga diesel turun sedikit daripada paras tertingginya 199.03 pence seliter.
Laporan itu menyebut kenaikan harga itu terus menyumbang kepada kenaikan cepat kadar inflasi di UK. - Bernama