Pembuat Kayu Colok

Iklan
Para pelancong yang mengunjungi Tapak Warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lorong Muda akan dapat melihat pembuat kayu colok secara tradisional dengan menggunakan tangan.

Tradisi membuat kayu colok secara tradisional itu kini diusahakan oleh ahli keluarga mendiang Lee Beng Chuan setelah mendiang meninggal dunia ketika usia 93 tahun pada 2020.

Mendiang Lee Beng Chuan dianggap sebagai salah seorang pembuat kayu colok tradisional tertua dan pernah diberi penghormatan Anugerah Khazah Warisan Hidup Khas 2020.

George Town diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO berikutan terdapat bangunan-bangunan warisan dan kebudayaan yang masih dikekalkan.

Tanggal 7 Julai ini, Bandaraya George Town akan menyambut Ulang Tahun ke-14 yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO.