Tiga dipanggil bagi keterangan berkaitan 'flash mob' harga barang

Iklan
Ahmad Nizam (dua dari kiri) bersama Chee Wan(kiri) dan Rosli (dua dari kanan) dipanggil untuk memberikan keterangan di IPD Temerloh pada Selasa.

TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] Mantan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Ahmad Nizam Hamid bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Woo Chee Wan dan Naib Ketua Cabang PKR Temerloh, Rosli Ismail hadir kira-kira jam 10 pagi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada Selasa bagi memberikan keterangan.

Keterangan berkenaan berkaitan program 'flash mob' protes 'harga barang' yang telah diadakan di Mentakab yang turut disertai ketiga-tiga mereka pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurut Ahmad Nizam, mereka tidak akan sesekali berhenti daripada memperjuangkan kepentingan rakyat.

"Kami ingin menegaskan menjadi hak dan kewajiban rakyat untuk menzahirkan ketidakpuasan hati di atas kegagalan kerajaan hari ini mengawal kenaikan harga barang yang keterlaluan.

Iklan

"Pada masa yang sama, kami suka mengingatkan bahawa 'flash mob' adalah kaedah unjuk rasa yang paling lunak dan lembut.

"Sekiranya unjuk rasa seperti ini dihalang,maka kami tidak dapat menolak kemungkinan demontrasi secara menyeluruh (yang bukan 'flash mob') akan diadakan di seluruh negara untuk rakyat menzahirkan suara hati mereka," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, Ahmad Nizam juga memberitahu, mereka menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada pihak IPD Temerloh yang telah melayani dengan baik dan menjalankan tugas dengan profesional.

Pada Sabtu lalu, seramai kira-kira 30 orang mengambil bahagian dalam 'flash mob' yang diadakan di sebuah persimpangan lampu isyarat di bandar Mentakab.