Mustapha dilantik sebagai Ahli Panel Penasihat YARM

Iklan
Abu Kassim bergambar bersama ahlijawatankuasa YARM.

SHAH ALAM - Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) melantik Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican sebagai ahli panel penasihat di atas sumbangannya mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pengarah Pusat Governans, Intergriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, Mustapha mempunyai banyak pengalaman dan menjawat pelbagai jawatan penting termasuklah mengetuai NGO antarabangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelantikan itu diharapkan dapat menarik lebih ramai generasi muda menyertai yayasan mengeluarkan idea-idea baharu bagi memantapkan yayasan sebagai sebuah badan sukarela di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Pada masa yang sama kita perlu menjalinkan kerjasama dalam aspek pendidikan di mana dapat mengembangkan teknologi semasa secara rasional.

"Saya mengajak semua ahli yayasan supaya dapat menyalurkan idea-idea terkini mengikut kepakaran masing masing selain membantu SPRM dalam menjadikan negara bebas dari rasuah,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agong YARM kali ke-6 di Dewan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, hari ini.

Iklan
Abu Kassim bergambar bersama ahlijawatankuasa YARM.

Abu Kassim berharap, semua pihak bertanggungjawab membentuk nilai keperibadian diri dari zaman kanak-kanak ke peringkat remaja bagi membentuk keharmonian dan mencegah kemungkaran secara bersepadu.

Mesyuarat yang dihadiri kira-kira 570 ahli YARM dan 4203 sukarelawan itu turut dihadiri Presiden YARM, Datuk Sri Zakaria Jaffar.

Iklan