Lelaki dipercayai militan terbunuh

Iklan
Gambar hiasan

PATTANI - Seorang lelaki dipercayai anggota militan maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di Pattani pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Muang Pattani, Pol Kol Yanpong Ubonban berkata, bertindak atas maklumat, pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah di daerah Muang dipercayai tempat persembunyian suspek.

Iklan
Iklan

Suspek diarah menyerah diri, namun melepaskan tembakan dan cuba melarikan diri.

"Kejadian tembak-menembak berlaku pada 7 pagi waktu tempatan.

Iklan

Apabila insiden berbalas tembakan berakhir, pasukan keselamatan menemui mayat suspek di dalam rumah.

"Kami juga menemui sepucuk pistol dan dua bom buatan sendiri," katanya pada sidang media pada Selasa.

Iklan

Suspek merupakan warga Thailand berusia 30 tahun berasal dari Sai Buri, Pattani.

"Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan lima waran tangkap terhadap suspek,” katanya. - Bernama