Pesawat penumpang India mendarat cemas di Pakistan

Iklan
Gambar hiasan. - Foto Reuters

NEW DELHI - Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi pada Selasa akibat masalah teknikal.

Syarikat penerbangan SpiceJet memaklumkan pesawat B737 miliknya telah dilencongkan ke Karachi kerana masalah dengan lampu penunjuk pesawat.

Iklan
Iklan

"Pesawat itu berjaya mendarat di Karachi dan penumpang dilaporkan dalam keadaan selamat," menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

"Pesawat gantian kini dihantar ke Karachi untuk membawa penumpang ke destinasi asal Dubai," tambah kenyataan itu.

Iklan

Pada Sabtu, sebuah lagi pesawat milik SpiceJet melakukan pendaratan cemas di Delhi selepas asap dikesan di dalam kabin. - Bernama

Iklan