Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia

Iklan
S Subramaniam

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden MIC, Tan Sri S Subramaniam dilaporkan telah meninggal dunia pada petang Selasa.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah menerusi hantaran Facebooknya pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Hari ini, saya dikhabarkan berita pemergian pemimpin yang cukup disegani, Tan Sri S Subramaniam yang juga bekas Timbalan Presiden MIC.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas kehilangan orang tersayang," katanya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia merupakan suatu kehilangan yang cukup besar buat negara ini mengenangkan kepada jasa dan budi yang pernah disumbang oleh mendiang.