LONDON - Kos sara hidup di Britain dilaporkan semakin naik apabila harga mentega Lurpak mencecah 7.25 paun (RM38) seketul di pasar raya di seluruh negara tersebut, lapor laman berita Daily Mail
Justeru, pembeli yang gemar membeli jenama mentega kegemaran mereka berkemungkinan berfikir dua kali untuk membelinya ketika harga baharu kini sudah melebihi 7 paun (RM36) seketul.
Jenama mentega mewah ini pertama kali dihasilkan di Denmark pada tahun 1901 dan kini menjadi makanan ruji bagi jutaan isi rumah di seluruh negara.
Namun, kali ini isi rumah mungkin akan mencari mentega jenama lain berikutan kenaikan harga baharu ini.
Gambar yang disiarkan di kedai atas talian Sainsbury menunjukkan seketul mentega masin jenama sama seberat 750 gram (g) berharga 7.20 paun (RM38) pada minggu ini.
Berita mengenai kenaikan harga mentega ini muncul di tengah-tengah krisis kos sara hidup paling buruk sejak tahun 1970-an yang mana pakar memberi amaran krisis mungkin bertambah teruk.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sainsbury, Simon Robert pada hujung bulan lalu memberi amaran bahawa krisis kos sara hidup yang lebih teruk berbanding sebelum ini.
Katanya, ramai pelanggan sedang berdepan 'masa sukar' dan kesan krisis akan mengambil masa lama berbanding seperti yang diramalkan.
"Harga makanan, bahan api, baja, dan buruh akan melonjak. Kami melihat kesan kos besar yang tidak akan hilang tempoh singkat," katanya. - Agensi