Allegri tagih khidmat Pogba, Di Maria

Iklan
Kehadiran Pogba (kanan) dan Di Maria bakal perkuatkan jentera serangan Juventus. - Foto Andina

PENGENDALI Juventus, Massilimiano Allegri berminat untuk mendapatkan khidmat bintang Perancis, Paul Pogba dan penyerang Argentina, Angel Di Maria bagi memperkuatkan skuad kendaliannya itu musim panas nanti.

Menurut Allegri, kehadiran kedua-dua pemain berkenaan bakal menjadikan jentera serangan skuad The Old Lady itu semakin berbisa bagi mengharungi saingan musim baharu Serie A kelak.

Iklan
Iklan

"Kita memang berminat untuk mendapatkan dua pemain ini (Pogba dan Di Maria) kerana kita tahu kemampuan mereka untuk membantu pasukan.

"Kini kedua-duanya merupakan ejen bebas dan ia semakin memudahkan urusan kita bagi membawa masuk mereka ke Turin.

Iklan

"Oleh itu, ketika ini kita giat menguruskan segala urusan berkaitan kehadiran kedua-dua pemain dan diharapkan kita mampu membawa mereka untuk aksi pra-musim berdepan kelab Mexico, Chivas di Stadium Allegiant, Las Vegas pada 22 Julai nanti," katanya.

Untuk rekod, Pogba dan Di Maria masing-masing dikatakan tidak menyambung kontrak dengan PSG dan Manchester United bagi mengharungi musim baharu kelak.

Iklan

Mengulas lanjut, Allegri yakin kedua-dua pemain berkenaan dapat menyesuaikan diri dengan cepat bersama skuad kendaliannya itu.

Malah katanya, Pogba yang pernah beraksi dengan Juventus pada musim 2012 hingga 2016 lalu, pastinya sudah memahami selok-belok mengenai falsafah serta corak permainan yang diterapkan.

"Saya rasa mereka tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dan perkara itu semakin menguatkan andaian saya bahawa kehadiran mereka akan membantu kita untuk melakar lebih banyak kejayaan kali ini,” katanya.