Kelantan sumbang RM50,000 bantu mangsa banjir di Kedah

Iklan
Kerajaan Kelantan menyerahkan sumbangan berjumlah RM 50,000 kepada Kerajaan Kedah melalui sumbangan Tabung Serambi Mekah bagi membantu penduduk yang terkesan dengan banjir di kawasan Baling.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyerahkan sumbangan berjumlah RM 50,000 kepada kerajaan Kedah melalui sumbangan Tabung Serambi Mekah bagi membantu penduduk terkesan dengan banjir di kawasan Baling.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan tersebut merupakan tanda solidariti dan kebersamaan antara dua kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

"Kami (kerajaan Kelantan) merakamkan ucapan takziah kepada mangsa bencana banjir di Kedah yang menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda.

"Semoga usaha-usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh ALLAH SWT bagi melancarkan operasi pemulihan pasca bencana," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Sinar Harian pada Selasa melaporkan seramai 334 mangsa banjir dari sembilan kampung di Baling dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS).

Dalam kejadian itu, tiga sekeluarga yang ditemui maut dalam tragedi banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, Baling.

Iklan

Ketika-tiga jenazah itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban pada awal pagi Rabu.

Jenazah Salmah Mat Akib, 54, menantunya Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan dan anaknya Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 selesai dikebumikan kira-kira jam 5.30 petang.