Jihad Tangani Inflasi bukti kerajaan serius perangi inflasi

Iklan
Rakyat harap penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dapat atasi masalah kenaikan harga barang.

SHAH ALAM – Kadar inflasi atau kenaikan harga barang di negara ini mengalami peningkatan mendadak sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Kenaikan beberapa barang asas seperti minyak masak dan ayam mentah jelas memberi kesan terutama kepada kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40).

Iklan
Iklan

Kerajaan cuba sedaya upaya untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat dengan membelanjakan lebih RM77 bilion bagi subsidi makanan-makanan asas, termasuk minyak masak sekali gus memastikan kadar inflasi di negara ini berada pada kadar dua peratus.

Malah, nilai peratus itu meletakkan negara di kedudukan paling rendah berbanding negara lain seperti Amerika Syarikat (sembilan peratus), Eropah (lapan peratus) dan United Kingdom iaitu 12 peratus.

Iklan

Pengguna yakin masalah harga yang berlaku dalam pasaran boleh diselidik dan dipantau oleh Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

Bagaimanapun, isu kenaikan harga barang dan inflasi ini akan terus berlaku dan memerlukan perhatian serta mekanisme tertentu untuk mengatasinya.

Iklan

Kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak hanya berpeluk tubuh dan tampil dengan menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dalam usaha membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Menurut beliau, pasukan khas tersebut berperanan untuk mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

"Langkah ini diambil ekoran cabaran peningkatan kos sara hidup akibat daripada perubahan iklim dan ketidaktentuan geopolitik termasuk konflik antara Russia-Ukraine yang dijangka berlarutan sehingga memberi kesan kepada pasaran komoditi makanan serta bahan api," katanya

Langkah tepat

Pakar ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata penubuhan pasukan tersebut menunjukkan betapa seriusnya kerajaan untuk menangani peningkatan inflasi dan harga barang di negara ini.

DR.BARJOYAI

Beliau berkata, istilah jihad yang digunakan oleh kerajaan juga membuktikan inflasi adalah agenda besar yang perlu diperangi selain meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama.

"Saya difahamkan pasukan khas ini sama seperti jawatankuasa Covid-19 dan mereka akan berjumpa dua kali seminggu selain akan buat laporan secara mingguan tentang situasi semasa yang berlaku. Ini menunjukkan betapa seriusnya konsep yang diterapkan oleh pasukan khas ini.

"Konsep jihad ini juga umpama kita berperang dengan inflasi. Jika kita cuba kaji maksud jihad itu, ia adalah satu usaha bersungguh-sungguh untuk berperang dalam konteks menentang inflasi.

REAKSI: APA KATA RAKYAT

MOHAMAD HAFIZ

"Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasisatu tindakan proaktif yang tepat. Diharap ia dapat tangani krisis harga barang yang naik mendadak.” - Eksekutif makmal, Mohamad Hafiz Mezaazman, 33

HAZIRAH
"Langkah segera yang dilakukan kerajaan ini sangat tepat dan ini membuktikan pihak kerajaan cakna terhadap masalah yang dialami rakyat." - Peniaga dalam talian, Hazirah Mustapha, 33.

HAWA

"Melalui penubuhan pasukan ini, diharapkan satu penyelesaian dapat dicari oleh kerajaan dalam usaha memastikan inflasi dan harga barang tidak terus meningkat." - Operator pengeluaran, Hawa Ali, 55.

MOHAMAD ISA

"Saya harap penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini dapat membantu peniaga yang semakin tertekan dengan kenaikan harga barang." - Peniaga, Mohamad Isa Hiaruddin, 33.

FAIZAL

"Saya percaya jika Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini diuruskan dengan baik, ia mampu meredakan masalah inflasi dan kenaikan harga barang yang berlaku." - Peniaga, Faizal Hashim, 36.

Ke mana subsidi dibelanjakan?

- RM37.3 bilion untuk petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

- RM4 bilion untuk minyak masak paket.

- RM600 juta untuk minyak masak botol.

- RM6.5 bilion untuk kekalkan tarif elektrik.

- RM900 juta untuk harga ayam dan telur.

- RM1.2 bilion untuk bantuan tunai makanan asas.

- RM11.7 bilion untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan bantuan tunai lain.

- RM2 bilion untuk bantuan pertanian.

- RM13.1 bilion untuk lain-lain subsidi.