Prihatin Baling

Iklan
PRIHATIN BALING ... Pemilik kedai makanan Hashim Ikan Bakar by Roti Canai Bang Brahim, Ibrahim Mohd Ali, 37, (kiri) membungkus makanan sebanyak 350 bungkus nasi berlauk untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir hari ini.

Ibrahim berkata bantuan ini hasil daripada inisiatifnya bersama rakan-rakan dan para pelanggan yang menyumbang dari segi kewangan dan barangan makanan untuk diberi kepada mangsa banjir yang terjejas.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyarankan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat-syarikat dan pihak swasta yang ingin menyalurkan apa-apa bantuan kepada mangsa banjir boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Baling untuk tindakan selanjutnya. - Foto Bernama