Malaysia Masters: Tze Yong mara, Joo Ven terkandas

Iklan
Tze Yong ketika beraksi di pusingan pertama Masters Malaysia sebentar tadi.

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mencipta kejutan apabila menewaskan wakil Kanada, Brian Yang yang kini berada di ranking ke-31 dunia.

Tze Yong yang kini berada di ranking ke-48 dunia itu tidak mempunyai masalah untuk menidakkan cabaran Brian dengan keputusan 21-15, 21-15 dalam perlawanan yang memakan masa 48 minit.

Iklan
Iklan

"Saya rasa gembira dengan persembahan ditampilkan pada perlawanan hari ini sebab dapat kalahkan pemain yang berada pada ranking lebih tinggi.

"Mungkin sebab tak fikir banyak dalam perlawanan dan cuma menikmati sahaja aksi ini.

Iklan

"Harap untuk perlawanan esok, saya boleh beri aksi yang konsisten sama macam hari ini,” katanya kepada media selepas perlawanan pada Rabu.

Menanti Tze Yong di pusingan kedua esok, adalah pilihan keempat kejohanan dari Taiwan, Chou Tien Chen yang mara selepas menewaskan wakil India Sameer Verma dengan keputusan 10-21, 21-12, 21-14.

Iklan

Sementara itu satu lagi wakil perseorangan lelaki Malaysia, Song Joo Ven bagaimanapun gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya selepas tewas kepada pemain China, Li Shi Feng.

Pada aksi tersebut, Joo Ven tewas straight set 21-14, 21-12 dalam perlawanan yang berlangsung selama 43 minit.