KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 turun empat sen kepada RM4.80 seliter manakala RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 13 Julai berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu, harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala diesel pada RM2.15 seliter.
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama