Jangan ambil ringan subvarian Omicron BA.4, BA.5

Iklan
Tangkap layar ciapan Khairy Jamaluddin di Twitter pada Rabu.

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil ringan penularan kes Covid-19 melibatkan Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang dilaporkan merebak dengan pantas.

Menurutnya, lebih 110 negara telah merekodkan peningkatan kes Covid-19 yang didorong oleh kedua-dua subvarian tersebut.

Iklan
Iklan

"Selain Malaysia, negara jiran seperti Singapura dan Indonesia sedang mengalami peningkatan kes.

"Jangan ambil ringan situasi ini. Ramai orang di sekeliling kita yang tidak dijangkiti Covid-19 sepanjang dua tahun lalu kini sudah dijangkiti.

Iklan

"Pakai pelitup muka di tempat tertutup dan kawasan sesak serta amalkan langkah-langkah uji, lapor, maklum, asing dan dapatkan rawatan (TRIIS),” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Beliau dalam pada itu turut menyeru orang ramai agar segera mendapatkan suntikan dos penggalak bagi yang belum menerimanya.

Iklan

"Dapatkan dos penggalak jika belum dan dos penggalak kedua bagi warga emas serta golongan berisiko tinggi,” katanya.