Permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib diputuskan 21 Julai

Iklan
Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini akan memutuskan pada 21 Julai sama ada Peguam Diraja (QC) dibenarkan mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk membolehkan Jonathan Laidlaw dari United Kingdom mewakili beliau.

Iklan
Iklan

Selain pendakwaan, permohonan Najib dibantah oleh Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur.

Pada 31 Mei lepas, Najib memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran melantik QC untuk membantu beliau berhubung isu kompleks dan persoalan undang-undang dalam rayuan kes SRC di Mahkamah Persekutuan.

Iklan

Pada 29 April lepas, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan Ogos untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan dana syarikat itu. - Bernama

Iklan