JEDDAH - Kira-kira 1.1 juta ekor lembu import telah tiba sejak bulan lalu di pelabuhan utama Arab Saudi, Jeddah untuk memenuhi keperluan haiwan korban pada musim haji, lapor media Arab Saudi.
Ia termasuk lebih daripada 500,000 ekor lembu dari Somalia dan 500,000 yang lain dari Sudan serta haiwan dari negara asing lain, lapor agensi berita Saudi Press Agency (SPA).