Makkah dijangka hujan pada Jumaat

Iklan
Makkah dijangka hujan pada Jumaat dan Sabtu ini. - Foto AFP

RIYADH - Beberapa wilayah di Arab Saudi dijangka mengalami ribut petir dari Khamis hingga Sabtu ini.

Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) negara itu, terdapat kemungkinan ribut petir disertai dengan hujan batu, angin yang aktif dan ribut debu.

Iklan
Iklan

Ia juga akan menjejaskan jarak penglihatan.

Kesan cuaca akan bermula dengan hujan sederhana di bahagian selatan Wilayah Timur termasuk pelabuhan Al-Bat'ha, padang pasir Rub al Khali serta bahagian selatan wilayah Riyadh di Wadi Al-Dawasir.

Iklan

Bermula Khamis, hujan akan meliputi wilayah Najran, Asir, dan Jazan.

Menurut NCM, ia akan menyebabkan hujan sederhana dan lebat.

Iklan

Hujan dijangka turun di wilayah Al-Baha dan Makkah pada Jumaat dan Sabtu, tambah agensi cuaca tersebut. - Agensi