Keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO 16 Julai: ROS

Iklan
UMNO sebulat suara meluluskan pindaan perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum.

KUALA LUMPUR - Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung permohonan pindaan perlembagaan UMNO akan diketahui selewat-lewatnya pada 16 Julai ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh ROS dalam kenyataan ringkas kepada Bernama pada Khamis.

Iklan
Iklan

Mei lepas, UMNO sebulat suara meluluskan pindaan perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum, untuk memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada ROS pada 17 Mei, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata ROS mempunyai masa sehingga 60 hari untuk membuat keputusan berhubung permohonan pindaan itu. - Bernama

Iklan
Iklan