PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa orang ramai terus berwaspada terhadap penularan Covid-19 menjelang sambutan Aidiladha, Ahad ini.
Menurutnya, pada sambutan Aidilfitri yang lalu menyaksikan kes harian Covid-19 melonjak kepada 3,410 pada 12 Mei antaranya berpunca daripada peningkatan kadar pergerakan dalam masyarakat dan aktiviti perkumpulan ramai.