MR D.I.Y tawar diskaun 30 peratus

Iklan
Pengisar makanan pantas ditawarkan pada harga RM8.90 sahaja. Gambar kecil: Goh

SHAH ALAM - MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) menerusi kempen Poket Selamat edisi kelapan menawarkan diskaun menarik sehingga 30 peratus melibatkan produk nilai terbaik di cawangan-cawangan MR. D.I.Y. di seluruh negara dan di laman web e-dagangnya di mrdiy.com.my.

Ketua Pemasarannya, Alex Goh berkata, kempen Poket Selamat diadakan sepanjang Julai bertujuan untuk menjadikan pengalaman membeli- belah tidak membebankan rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan menjalankan analisis ke atas trend dan data serta mendengar maklum balas dari pelanggan, MR D.I.Y mengenal pasti keutamaan mereka semasa perayaan besar seperti Hari Raya Aidiladha.

"Usaha sama secara langsung dan kukuh dengan para pengeluar membantu kami menawarkan produk-produk ini pada masa yang tepat dan dengan harga yang sentiasa rendah,"Always Low Prices”, seterusnya membolehkan perayaan ini diraikan dengan meriah oleh semua orang.

Iklan

"Ia merupakan salah satu cara MR. D.I.Y. membantu meringankan beban kos hidup yang semakin meningkat dengan memastikan barangan keperluan boleh didapati pada harga yang tidak membebankan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Goh berkata, pelanggan MR D.I.Y boleh menikmati diskaun melibatkan rangkaian produk yang diatur khas termasuklah produk-produk penjagaan rumah, barangan keperluan rumah, produk elektrik, perkakas, aksesori kereta, peralatan sukan serta pelbagai permainan.

Iklan

"Antara yang menarik adalah pengisar makanan pantas kini ditawarkan pada harga RM8.90 berbanding harga asalnya ialah RM13.10. Ia dijangka akan menjadi pilihan ramai memandangkan para pelanggan akan kerap memasak semasa perayaan ini,” katanya.

Beliau berkata, kempen Poket Selamat berlangsung dari 1 hingga 31 Julai 2022 dan para pelanggan boleh mengenal pasti produk-produk yang ditawarkan pada harga diskaun di https://bit.ly/mrdiypoket8.