Bashir dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan

Iklan
Bashir

PUTRAJAYA - Datuk Bashir Alias dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan yang baharu.

Ia bagi menggantikan Datuk Seri Amir Hussien yang bertukar jawatan dengan Bashir iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan yang baharu.

Iklan
Iklan

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaras dengan Perenggan 5(1)(a) Akta Perbadanan Labuan 2001 (Akta 609).

Menurutnya, lantikan itu adalah bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Iklan

"Saya percaya dengan pengalaman luas serta daya kepimpinannya, beliau akan menerajui Perbadanan Labuan dalam menambah baik ekosistem ekonomi agar industri sedia ada terus berkembang dan kekal berdaya saing," katanya menerusi sidang akhbar di kementeriannya pada Khamis.

Beliau berkata, Bashir mempunyai pengalaman luas di Labuan berdasarkan perkhidmatannya dalam Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang dan Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

Iklan

"Saya bagi pihak kerajaan dan seluruh Keluarga Malaysia merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan ini dan selamat bertugas.

"Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Amir di atas sumbangan dan jasa beliau semasa memegang jawatan tersebut," katanya.