Aaron-Wooi Yik mahu kaji kekuatan, kelemahan beregu Taiwan

Iklan
Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir Masters Malaysia 2022. Foto Facebook BAM

GANDINGAN beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu mengkaji mengenai kelemahan serta kekuatan beregu Taiwan, Chang Ko-Chi-Po Li-Wei menjelang aksi suku akhir Masters Malaysia 2022 pada Jumaat.

Menurut Aaron, mereka belum pernah berdepan dengan gandingan beregu berkenaan sebelum ini dan membuatkan mereka perlu lebih berhati-hati kali ni.

Iklan
Iklan

"Kita tidak pernah berdepan mereka sebelum ini, oleh itu kita perlu berwaspada pada perlawanan ini supaya tidak ‘kecewa’ lagi di peringkat suku akhir seperti sebelum ini,” katanya.

Untuk rekod, Aaron Chia-Soh Wooi Yik Wooi Yik mengesahkan slot ke suku akhir Perodua Masters Malaysia 2022 setelah menewaskan beregu Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang pada pusingan 16 di Axiata Arena, pada Khamis.

Iklan

Kemenangan itu menyaksikan gandingan beregu nombor lima dunia itu bakal berdepan beregu Chinese Taipei, Chang Ko Chi-Po Li Wei hari ini (Jumaat).

Sementara itu, Aaron berharap agar mereka mampu menyelesaikan ‘badi’ sering tersingkir di peringkat suku akhir mahu pun separuh akhir sesuatu kejohanan setelah mempamerkan aksi mantap pada pusingan awal.

Iklan

Katanya, perkara berkenaan sememangnya sudah dimaklumkan kepada mereka oleh Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky yang mahu situasi sedemikian ditangani segera gandingan beregu berkenaan.

"Sebenarnya, kami sudah dimaklumkan mengenai perkara ini dan kami juga sememangnya berazam untuk menanganinya.

"Lagi pun, perkara ini hanya boleh ditangani oleh kami sendiri, jurulatih hanya memberikan idea dan cadangan kepada kami bagaimana untuk menangani perkara ini,” katanya.