Jin Wei gagal ke suku akhir

Iklan
Aksi Jin Wei pada pusingan 16, pada Khamis. - Foto Facebook BAM

PEMAIN wanita profesional wanita negara, Goh Jin Wei gagal ke suku akhir Perodua Masters Malaysia 2022 apabila tewas 21-16, 7-21, 9-21 kepada pemain nombor dua dunia, Tai Zu Ying pada Khamis.

Setelah memenangi set pertama, Jin Wei dilihat gagal mengekalkan momentum kemenangan apabila tewas mudah dua set berikutnya kepada pemain Taiwan berkenaan.

Iklan
Iklan

Mengulas lanjut, Jin Wei yang juga pemain 62 dunia ketika ini mengakui telah memberikan aksi terbaik sebelum akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan pemain dari Taiwan berkenaan.

Malah katanya, dia juga tidak terkilan dengan kekalahan berkenaan dan berharap untuk kembali bangkit pada masa akan datang.

Iklan

"Saya sudah berikan 200 peratus pada set pertama. Mungkin sebab itu saya tak dapat berikan lagi aksi terbaik di set seterusnya.

"Sekali gus, perkara ini memberikan gambaran terhadap jurang yang besar antara kami,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Jin Wei muncul selaku pemain perseorangan wanita tunggal yang beraksi di Perodua Masters Malaysia 2022.

Jin Wei melepasi pusingan pertama pada Selas apabila menewaskan pemain Amerika Syarikat, Zhang Biwen, Selasa lalu.

Sementara itu Jin Wei berkata, yang juga bekas juara remaja duia pada 2015 dan 2018 lalu menyifatkan dia memerlukan masa untuk kembali cergas setelah pulih daripada kecederaan baru-baru ini.

"Rasanya saya memerlukan masa untuk kembali ke tahap terbaik saya. Namun saya rasa, saya keadaan saya sudah kembali meningkat selepas setahun menjalani pemulihan,” katanya.