TAIPING - Dua remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangi terbabas dalam nahas di Kilometer 206.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Kamunting di sini pada Khamis.
Mangsa, Aiman Adha Mansor dan Muhammad Afif Haikal Mohamad Rizal, kedua-duanya berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Iklan
Iklan
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.21 malam.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggangi mangsa hilang kawalan lalu terbabas menyebabkan seorang daripadanya tersepit antara pembahagi jalan.
"Seorang lagi mangsa telah tercampak ke tepi jalan. Pegawai perubatan yang hadir mengesahkan kedua-duanya maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat pada jam 10.15 malam.