Enjin pesawat British Airways terbakar di lapangan terbang Denmark

Iklan
Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran di salah satu enjin pesawat penumpang British Airways di Lapangan Terbang Copenhagen, Denmark pada Rabu lalu. - Foto Gabegudgel

COPENHAGEN - Salah satu enjin sebuah pesawat komersial yang membawa sejumlah penumpang terbakar selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Copenhagen, Denmark pada malam Rabu lalu.

Menurut polis, para penumpang pesawat British Airways itu kemudian dipindahkan dari pesawat berkenaan.

Iklan
Iklan

Anggota-anggota bomba turut bertungkus lumus memadamkan kebakaran di salah satu enjin di sayap kiri pesawat Airbus A320-232 itu.

Kebakaran kemudian dapat dipadamkan oleh anggota-anggota bomba.

Iklan

Dalam kejadian itu, tiada seorang pun penumpang dan anak kapal yang mengalami kecederaan.

Menurut seorang jurucakap syarikat penerbangan itu, semua penumpang dan anak kapal selamat keluar dari pesawat berkenaan.

Iklan

Sumber British Airways memberitahu portal berita MailOnline bahawa asap dikesan keluar dari pesawat itu disebabkan 'brek panas' sekitar jam 8 malam waktu tempatan. - Agensi