SHAH ALAM - Tiga lelaki warga asing maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sekitar Pulau Carey, pada Khamis.
Dalam kejadian itu, tiga lagi lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan dilaporkan cedera parah.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.42 malam.
Menurutnya, apabila tiba di lokasi kemalangan, didapati terdapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) iaitu Toyota Unser dan sebuah Honda HRV bertembung mengakibatkan tujuh mangsa tersepit.