[VIDEO] 71 juta jatuh miskin akibat krisis kos sara hidup: UNDP

Iklan
Peningkatan kadar inflasi menyebabkan 71 juta orang di negara membangun terjerumus ke dalam kancah kemiskinan. - Gambar hiasan 123RF.

NEW YORK - Peningkatan kadar inflasi menyebabkan 71 juta orang di negara membangun terjerumus ke dalam kancah kemiskinan sejak Mac 2022, menurut laporan dikeluarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersaty (UNDP) pada Khamis.

Inflasi yang melambung tinggi, kemungkinan peningkatan kadar faedah akan memburukkan lagi krisis, mempercepatkan dan menambahkan lagi kemiskinan di seluruh dunia, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Rizab fiskal yang berkurangan, hutang kerajaan yang tinggi serta peningkatan kadar faedah di pasaran kewangan global, menyaksikan negara membangun menghadapi cabaran yang memerlukan perhatian antarabangsa.

Analisis ke atas 159 negara membangun di seluruh dunia menunjukkan bahawa kenaikan harga dalam komoditi utama sudah pun memberi kesan segera dan menjejaskan isi rumah termiskin, dengan kawasan ang paling dianggap terjejas di Balkan, negara di rantau Laut Caspian dan Sub-Sahara Afrika (khususnya wilayah Sahel).

Iklan

"Kenaikan harga yang belum pernah berlaku sebelum ini membuatkan kebanyakan orang di seluruh dunia, yang sebelum ini mampu beli makanan untuk sehari kini tidak lagi berdaya berbuat demikian.

"Krisis kos sara hidup ini membawa berjuta-juta orang ke kancah kemiskinan dan juga kelaparan, ancaman pergolakan sosial meningkat dari hari ke hari," kata Pentadbir UNDP Achim Steiner.

Iklan

Masalah kos sara hidup juga menyebabkan kesukaran kepada penggubal dasar, terutamanya di negara yang lebih miskin.

Walaupun kebanyakan negara membangun sedang bergelut dengan ruang fiskal yang semakin mengecil dan hutang semakin meningkat, cabarannya kini bagaimana untuk memberikan bantuan jangka pendek kepada isi rumah miskin dan rentan.

"Percanggahan dalam ekonomi global semakin membimbangkan apabila seluruh negara membangun menghadapi ancaman ketinggalan ketika mereka bergelut untuk menghadapi pandemik Covid-19 yang berterusan, masalah hutang dan kini krisis makanan serta tenaga," katanya. - Bernama