Cuaca diramal baik pada Aidiladha pertama, kedua

Iklan

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan tiada cuaca yang signifikan dan ekstrem dijangka berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidiladha pada Ahad dan Isnin ini.

Bagaimanapun MET Malaysia dalam hantaran di Facebook rasminya pada Jumaat menjelaskan, kejadian ribut petir masih dijangka boleh berlaku di beberapa negeri pada kedua-dua hari berkenaan.

Iklan
Iklan

"Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian ribut petir.

"Rancang perjalanan dan aktiviti anda dengan sebaiknya. Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web kami di www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat,” katanya.

Iklan
Iklan

Selain itu, orang ramai turut digalak untuk memuat naik aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca terkini dan sahih bagi membolehkan mereka merancang perjalanan dengan baik.