Nadal tarik diri dari Wimbledon

Iklan
Nadal

BINTANG tenis Sepanyol, Rafael Nadal sah tidak akan beraksi di separuh akhir kejohanan Wimbledon selepas mengalami kecederaan di bahagian perut.

Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata, beliau disahkan mengalami kesan koyak di bahagian otot sehingga memaksanya menarik diri sekali gus menyaksikan lawannya dari Australia, Nick Kyrgios meraih kemenangan percuma untuk melangkah ke pentas final.

Iklan
Iklan

"Saya mengalami masalah otot koyak di bahagian perut sehingga menyebabkan saya tidak boleh beraksi di tahap yang tertinggi.

"Ia satu keputusan yang sukar untuk dilakukan namun terpaksa dibuat demi kebaikan diri saya. Jika saya terus bermain ia mungkin akan menjadi lebih teruk.

Iklan

"Malah mungkin saya terpaksa berehat panjang sekiranya tidak mendapatkan rawatan dan rehat yang cukup selepas mengalami kecederaan ini,” katanya.

Nadal, juara dua kali Wimbledon, sebelum ini kelihatan bermain dalam kesakitan semasa memenangi aksi lima set menentang pemain Amerika, Taylor Fritz.

Iklan

Pilihan kedua itu dilihat bergelut sepanjang perlawanan menentang pilihan ke-11, Fritz tetapi masih berjaya mencipta kemenangan 3-6, 7-5, 3-6, 7-5, 7/6 (10/4) dalam masa empat jam 21 minit.