Rybakina tak pernah mimpi ke final Wimbledon

Iklan
Elena Rybakina - Foto Skysports

PEMAIN kelahiran Rusia, Elena Rybakina mengakui tidak pernah bermimpi untuk beraksi di pentas final Wimbledon.

Bagaimanapun kini dia berjaya mara ke final bagi salah satu kejohanan tenis terbesar dunia sekali gus berpeluang memenangi gelaran Grand Slam pertamanya.

Iklan
Iklan

"Saya sememangnya tidak menjangka mampu mara hingga ke tahap ini (final)...namun kali ini ia benar-benar menjadi realiti.

"Sebelum ini saya juga hanya mampu berangan-angan untuk memenangi gelaran Grand Slam dan ia juga menjadi realiti.

Iklan

"Oleh itu, saya cukup gembira dan berharap dapat meneruskan kecemerlangan ini di pentas final nanti,” katanya.

Untuk rekod, Rybakina mara ke final setelah menewaskan juara Wimbledon 2019, Simona Halep, 6-3, 6-3 pada aksi separuh akhir pada Jumaat.

Iklan

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan aksi final Wimbledon 2022 bakal menemukan Rybakina dan pemain Tunisia, Ons Jabeur esok (Sabtu).

Sementara itu, Rybakina mengakui dia kini berdebar-debar menantikan hari perlawanan dan berazam memberikan aksi yang terbaik.

Malah katanya, dia turut mengkaji corak permainan yang diamalkan Jabeur bagi memudahkannya untuk berdepan pemain berusia 27 tahun itu.

"Saya tahu dia (Jabeur) seorang pemain yang bagus dan saya mahu meneliti gerakan-gerakannya dan seterusnya memudahkan tugas saya di final nanti,” katanya.