KUALA LUMPUR - Ratusan ribu jemaah haji dari seluruh dunia mulai memenuhi setiap ruang tersedia di Arafah, Arab Saudi pada Jumaat.
Pergerakan jemaah dari Mina menuju Arafah bermula sejak tengah malam tadi waktu Arab Saudi, bagi menunaikan rukun haji iaitu Wukuf (berhimpun) di Arafah, yang ditetapkan hari ini, Jumaat, lapor Saudi TV.
Saudi TV adalah antara penyiar rasmi musim Haji 1443 Hijrah yang dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Penyiaran Arab Saudi (SBA).
Gunung Arafah berbatu granit terletak kira-kira 22 kilometer di timur Makkah dan merupakan satu-satunya lokasi rukun haji yang terletak di luar kawasan Tanah Haram.
Menurut tradisi Islam, di puncak bukit inilah Nabi Muhammad SAW menyampaikan pesanan atau khutbah terakhir baginda.
Meneruskan legasi baginda, tradisi bacaan khutbah ini diteruskan dan kini dikenali sebagai Khutbah Arafah.
Khutbah Arafah bagi musim haji kali ini akan disampaikan Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL) di Masjid Namirah.
Khutbah yang akan dibacakan dalam bahasa Arab ini dijadual bersiaran secara langsung dari Arab Saudi pada 12.30 tengah hari waktu tempatan (kira-kira 5 petang waktu Malaysia) dengan terjemahan 14 bahasa lain, termasuk bahasa Melayu, Cina dan Tamil.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan pihaknya memiliki sistem canggih pengesanan awal wabak yang telah diimplementasi pada musim haji kali ini.
Timbalan Setiausaha (Kesihatan Awam), Ketua Jawatankuasa Persiapan Haji, Dr Hani Jokhdar dalam kenyataan kepada Agensi Berita Arab Saudi (SPA) menjelaskan, sistem pemantauan teliti itu mampu mengesan penularan wabak dan penyakit berjangkit seterusnya memberi amaran kesihatan awal untuk respon pantas, bagi mengekang penularan penyakit dalam kalangan jemaah haji.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MoHU) pula memaklumkan pelancaran semula program"Kun Aunan” (Be a Helper), selepas terhenti selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, menurut SPA.
Seramai lebih kurang 3,000 sukarelawan lelaki dan wanita digerakkan dalam program ini bagi membantu kelancaran kerja-kerja menyantuni jemaah di Masyair (tapak suci).- Bernama.