Shinzo Abe meninggal dunia

Iklan
Shinzo Abe - Foto Reuters

TOKYO - Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan telah meninggal dunia, selepas ditembak di bandar Nara, barat Jepun pada Jumaat.

Agensi berita Jepun, NHK melaporkan, berita sedih itu disahkan oleh seorang sumber parti Demokratik Liberal (LDP).

Iklan
Iklan

Terdahulu media tempatan melaporkan seorang lelaki berusia dalam lingkuan 40-an telah ditahan polis susulan insiden tembakan melibatkan Abe.

Menurut agensi berita tempatan Jepun, lelaki berkenaan dikenali sebagai Tetsuya Yamagami, seorang anggota Tentera Laut atau The Japan Maritime Self-Defense Force.

Iklan

Agensi berita antarabangsa BBC melaporkan, Yamagami telah melepaskan dua tembakan terhadap bekas Perdana Menteri Jepun itu, mengakibatkan Abe rebah dan memegang dadanya yang jelas berlumuran darah.

Difahamkan insiden tersebut berlaku pada 11.30 pagi Jumaat, waktu tempatan, ketika Abe sedang memberi ucapan sempena kempen pilihan raya Dewan Negara di hadapan penduduk di bandar Nara, barat Jepun.

Iklan

Abe, 67, merupakan Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan, antara 2006 hingga 2007, dan 2012 hingga 2020.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kabinet di bawah era Junichiro Koizumi pada September 2005. - Awani