Hael tetap teruskan show meski sakit

Iklan
Hael Husaini

PENYANYI popular, Hael Husaini, 31, memberitahu biarpun kondisi badan tidak berapa sihat namun persembahan tetap diteruskan.

Ujar penyanyi Hajat dan Haram itu kepada Sinar Harian, sakit yang dialami memasuki hari ketiga agak menganggu kerjanya.

Iklan
Iklan

"Ya saya demam dan sakit tekak. Sudah masuk hari yang ketiga.

"Walaupun baru lagi tetapi ia agak menganggu kerja saya.

Iklan

"Itu sudah memang kerja saya sebagai penghibur jadi... kena lakukan juga sebab orang tak akan fikir kita demam atau sakit apa.

"Oleh sebab itu bila sudah dibayar, sebagai penghibur kena lakukan sebaik mungkin," katanya.

Iklan

Hael yang ditemui pada Hari Ulangtahun RTM Ke-73 berasa cukup berbesar hati apabila dapat bersama meraikan hari bermakna ini.

"Saya rasa cukup berbangga sebab pemilihan artis yang mereka buat bukannya calang-calang dan dijemput untuk menjayakan Hari Ulangtahun RTM ke-73 saya cukup berbesar hati," luahnya.

Mengenai kerjaya nyanyian Hael bakal mengeluarkan lagu terbaharu pada April ini.

"Saya akan keluarkan single terbaharu ciptaan sendiri dan juga lagu-lagu untuk artis lain," akhirinya.