Niaga hadapan MSM ditutup tinggi

Iklan
Gambar hiasan

KONTRAK niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini kerana berlaku aktiviti pembelian semasa harga rendah selepas selepas penyusutan harga MSM baru-baru ini.

Peniaga minyak sawit, David Ng berkata, kenaikan semula harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) juga meningkatkan sentimen positif untuk pasaran tempatan.

Iklan
Iklan

"Kami mengesan paras sokongan pada RM3,700 satu tan dan paras halangan pada RM4,500 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak niaga hadapan MSM bagi bulan semerta Julai 2022 dan Ogos 2022 masing-masing naik RM8 kepada RM4,137 satu tan dan RM4,131 satu tan.

Iklan

Sementara itu, penanda aras September 2022 meningkat RM17 kepada RM4,157 satu tan, Oktober 2022 menokok RM13 kepada RM4,194 satu tan, November 2022 dan Disember 2022 masing-masing meningkat RM2 kepada RM4,232 satu tan dan RM4,277 satu tan.

Jumlah dagangan susut kepada 97,485 lot daripada 97,664 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 291,107 kontrak daripada 298,709 kontrak sebelumnya.

Iklan

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan menokok RM50 pada RM4,300 satu tan. - Bernama