Tidak akan ada tindakan khianat mandat rakyat: Ab Rauf

Iklan
Ab Rauf

MELAKA - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi jaminan tidak akan ada sebarang tindakan mengkhianati mandat rakyat seperti undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, mandat yang diperolehi ketika Pilihan Raya Negeri pada November tahun lepas perlu dihormati.

Iklan
Iklan

"Saya menafikan sekeras-kerasnya artikel sebuah portal berita hari ini bahawa politik Melaka kembali bergolak. Artikel tersebut berniat jahat serta bertujuan menganggu gugat kestabilan politik Melaka.

"Selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, saya tidak akan sekali-kali mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan rakyat Melaka,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Iklan
Menurut laporan portal itu, Sulaiman mungkin berdepan undi tidak percaya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual bermula 25 Julai ini.

Ab Rauf berkata, barisan kepimpinan BN negeri itu akan terus berusaha memberikan kemakmuran kepada rakyat serta fokus memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

"Saya juga menyeru semua kepimpinan BN di semua peringkat tidak terpengaruh dengan tohmahan ini serta kekal fokus demi mencapai kemenangan pada PRU akan datang," katanya. - Bernama

Iklan