KOTA BHARU - Polis Kelantan turun padang menyantuni pesakit kanser yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.
Menariknya rombongan itu diketuai sendiri oleh Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun yang turut meluangkan masa beramah mesra dengan para pesakit yang sedang mendapatkan rawatan.
Iklan
Iklan
Pada masa yang sama, Muhamad Zaki turut menyantuni Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman yang sedang menjalani rawatan kerana sakit kanser usus.
Beliau mahu semua pesakit termasuk pegawainya yang sedang menerima rawatan supaya kuat dalam melawan penyakit berkenaan.
"Saya percaya setiap ujian yang diberikan itu ada hikmahnya. Diharapkan semua pesakit akan kembali sembuh seperti biasa," katanya.
Menurutnya, diharapkan lawatan itu dapat membangkitkan semangat mereka dalam melawan kanser.
Beliau berkata, selain berdoa rawatan moden yang ada pada hari ini dilihat dapat membantu para para pesakit dalam proses pemulihan.