Elon Musk batalkan perjanjian beli Twitter

Iklan
Elon Musk

SAN FRANCISCO - Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk pada Jumaat membatalkan perjanjian AS$44 bilion untuk membeli Twitter, menyalahkan syarikat itu kerana menyekat maklumat mengenai jumlah akaun palsu dan spam, lapor Xinhua.

Peguam Musk mendakwa Twitter gagal mematuhi kewajipannya dalam perjanjian penggabungan dan"melanggar pelbagai peruntukan" perjanjian yang ditandatangani pada April.

Iklan
Iklan

Pengerusi Lembaga Twitter Bret Taylor berkata syarikat itu komited untuk menutup perjanjian pada harga dan syarat yang dipersetujui dengan Musk, dan merancang meneruskan tindakan undang-undang untuk menguatkuasakan perjanjian penggabungan.

"Kami yakin kami akan menang di Mahkamah Chancery Delaware," ciap Taylor, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Salesforce.

Iklan

Pada April, Elon Musk mengumumkan pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion. Kemudian pada Mei, Musk berkata perjanjian itu ditangguhkan buat sementara waktu kerana beliau meminta butiran mengenai jumlah akaun spam dan palsu platform sosial itu. - Bernama

Iklan