SHAH ALAM – Crackhouse Comedy Club (CH) memaklumkan telah membuat laporan polis mengenai insiden rakaman video yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita melakukan persembahan yang dikatakan menghina agama Islam di kelab komedi itu.
Dalam satu kenyataan melalui Facebook rasminya, CH berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.
Iklan
Iklan
"CH mengutuk sekeras-kerasnya satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan seorang individu melakukan persembahan yang dikatakan menghina agama Islam.
"Untuk makluman awam, selepas berlakunya persembahan tersebut, individu berkenaan telah dilarang daripada kembali ke CH,” katanya pada Sabtu.
Sebelum ini, tular di media sosial seorang wanita menanggalkan pakaian dan tudungnya satu persatu di hadapan penonton.
Dia turut mengaku sebagai orang Melayu beragama Islam dan menghafal ayat al-Quran.
Susulan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah membuat siasatan awam berhubung kejadian tersebut.