SHAH ALAM – Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kerajaan wajib mengambil tindakan lebih tegas dengan memerangi kartel-kartel yang mempunyai kuasa besar dalam menentukan harga barangan asas negara.
Ahli MPP PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan, adalah malang Suruhanjaya Persaingan (MyCC) tidak diberikan sumber dan kuasa secukupnya untuk memecahkan monopoli dan kartel di dalam negara.
Iklan
Iklan
"Meskipun fenomena kenaikan kos sara hidup berlaku di seluruh dunia di atas pelbagai faktor, namun tindakan setiap negara memainkan peranan untuk meringankan kesan tersebut terutamanya untuk golongan miskin dan sederhana.
"MPP menganggap tindakan membakar sentimen menjadikan pekerja asing sebagai kambing hitam atau menubuhkan Pasukan Khas Tangani Jihad adalah tindakan tidak bertanggungjawab oleh kerajaan yang terdesak untuk memenangi hati rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Nik Nazmi yang merupakan Ketua Setiausaha Pengelola PKR turut menyarankan agar kerajaan memperluaskan program-program bantuan rakyat dan insentif cukai secara bersasar, bukan untuk golongan B40 semata-mata tetapi untuk golongan sederhana yang terkesan dengan krisis kos sara hidup serta tidak layak mendapat banyak bantuan.
"MPP merasakan masanya sudah tiba untuk kerajaan melihat mekanisme gaji wajar yang pernah dicadangkan oleh Bank Negara pada 2017 sebagai satu mekanisme nilai tambah kepada gaji minimum untuk menggalakkan kenaikan gaji secara lebih saksama dan realistik mengikut kos sara hidup setempat,” ujarnya.
Artikel Berkaitan