Hujan lebat, ribut petir diramal di beberapa negeri hingga 13 Julai

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Satu sistem cuaca tekanan rendah di barat Filipina dijangka bergerak menuju ke timur Vietnam dalam tempoh 10 hingga 13 Julai yang berpotensi membawa angin baratan yang kuat dan boleh menyebabkan kejadian garis badai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, keadaan itu boleh mengakibatkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di utara Sarawak (Bintulu, Miri dan Limbang), barat Sabah dan Labuan hingga 12 Julai dan negeri-negeri utara Semenanjung mulai esok (11 Julai) hingga 13 Julai.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, sistem cuaca tekanan rendah berkenaan dikesan berdasarkan analisis model Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMRWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

"Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua dan ketiga) juga telah dikeluarkan di Laut China Selatan, Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa hingga 15 Julai,” menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang awam supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. - Bernama