Harimau Muda perlu bersedia berdepan Laos

Iklan
Kesebelasan skuad B-19 tahun negara pada aksi berdepan Timor Leste, Sabtu lalu. - Foto FB FAM

KESEBELASAN skuad bawah 19 tahun (B-19) negara diharap bersedia menjelang aksi terakhir Kumpulan B Kejuaraan AFF B-19, berdepan Laos di Stadium Patriot Chandrabagha pada petang Isnin.

Menurut pengendali skuad B-19 negara, Hassan Sazali Mohd Waras, kemenangan 4-3 ketika berdepan Timor Leste Sabtu lalu diharap dapat membantu persediaan skuad Harimau Muda itu menjelang aksi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, kita berjaya mencapai kemenangan dan mara ke separuh akhir sebagaimana yang disasarkan walaupun masih berbaki satu perlawanan.

"Oleh itu, kita tidak menyasarkan kemenangan pada aksi terakhir nanti kerana penting bagi saya untuk memberikan rehat secukupnya kepada kesemua pemain yang telah bertungkus lumus dalam tiga perlawanan sejak minggu lalu.

Iklan

"Bagaimanapun, kesemua pemain tetap perlu bersedia menjelang perlawanan berkenaan," katanya.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Muda itu kini berada pada kedudukan kedua dengan mata hasil dua kemenangan dan seri sekali setakat ini.

Iklan

Aksi Sabtu lalu menyaksikan skuad B negara membuka jaringan pada pada minit ke-9 menerusi Najmudin Akmal Kamal Akmal sebelum pemain Timor Leste, Cristevao Moniz Fernandes menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-11.

Skuad Harimau Muda kembali di depan hasil jaringan Adam Farhan Faizal pada minit ke-15 sebelum Aliff Izwan Yuslan meledak gol ketiga pada minit ke-53.

Ketinggalan dua gol bagaimanapun dilihat tidak melemahkan semangat Timor Leste untuk terus mengasak dan berjaya menjaringkan dua gol menerusi Mario Donasio Quintao pada minit ke-55 dan min-76.

Bagaimanapun, Adam Farhan muncul wira skuad Harimau Muda itu apabila menjaringkan gol keempat yang juga merupakan gol kemenangan pada minit ke-62.

Bagaimananapun, skuad Harimau itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah tonggak pertahanan, Ahmad Aysar Hadi Shapri dilayangkan kad merah pada minit ke-69.

Mengulas mengenai insiden kad merah berkenaan Hassan Sazali berkata, aksi berdepan Timor Leste sememangnya berlangsung.dengan 'tegang' dan sengit.

Justeru katanya, insiden sedemikian tidak dapat dielakkan kerana kedua-dua pasukan sememangnya memerlukan kemenangan bagi menjamin slot ke separuh akhir.

"Memang 'game' agak tegang sebab kedua-duapasukan nak menang..namun pemain kita masih terus positif bagi menamatkan perlawanan," katanya.