United tidak terkesan tanpa Ronaldo

Iklan
Ronaldo - Foto GettyImages

[DIKEMAS KINI] GERGASI Liga Perdana Inggeris, Manchester United tidak terkesan dengan ketiadaan Cristiano Ronaldo pada aksi persahabatan berdepan Liverpool di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Selasa.

Menurut satu kenyataan rasmi pada Isnin, skuad The Red Devils itu akan terus terbang ke Australia bagi mengharungi aksi persahabatan dengan Melbourne Victory pada 15 Julai sebelum mengakhiri siri jelajah pra-musim berdepan Crystal Palace pada 19 Julai.

Iklan
Iklan

"Sekiranya dia (Ronaldo), tidak dapat mengesahkan kehadirannya untuk aksi persahabatan berdepan Palace pada 19 Julai nanti, bermakna dia sememangnya tidak akan menyertai pasukan ke Australia.

"Jika perkara ini berlaku, kami akan lebih fokus kepada pemain-pemain sedia ada untuk kesemua aksi persahabatan pra-musim kali ini dan tidak terkesan dengan ketiadaannya,” menurut kenyataan itu lagi.

Iklan

Ronaldo, 37, dikatakan berhasrat untuk meninggalkan United apabila tidak hadir menjalani latihan pra-musim Isnin lalu.

Bagaimanapun, pemain berkenaan dilaporkan menyertai sesi latihan bersama skuad kebangsaan Portugal di Lisbon selain mendakwa tidak gembira dengan tugas-tugas yang banyak dilihat tergendala di Old Trafford selain pemotongan gajinya sebanyak 25 peratus gara-gara gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara.

Iklan

Sementara itu kenyataan berkenaan turut memetik bahawa United dijangka melengkapkan urusan perpindahan pemain Denmark, Christian Eriksen ke Old Trafford sekembalinya pasukan berkenaan dari Australia bagi siri jelajah pra-musim berkenaan kelak.

Berdasarkan satu kenyataan, pemain Denmark berusia 30 tahun itu dijadualkan menjalani pemeriksaan perubatan bersama skuad The Red Devils itu minggu ini dalam usaha memastikan pemain berkenaan berada pada tahap kecergasan yang optimum.

"Pemeriksaan kesihatan ini penting kerana kita tidak mahu insiden serangan jantung (cardiac arrest) yang berlaku kepada Eriksen pada Euro 2020 lalu tidak berulang.

"Setakat ini kami sudah pun mempunyai persetujuan secara lisan bagi membawa masuk Eriksen ke Old Trafford.

"Kami juga sudah berbincang dengan pengurus Brentford, Thomas Frank berhubung samada Eriksen berkemungkinan kembali menyambung kontrak dengan kelab London itu,” menurut kenyataan berkenaan.

Untuk rekod, United sudah pun melengkapkan kontrak pemain pertahanan Belanda, Tyrell Malacia dalam usaha mengukuhkan lagi benteng pertahanan kelab berkenaan musim ini.