Ibu kota dibanjiri warga asing

Iklan
Warga asing dilihat berkumpul di sekitar kawasan Lebuh Pudu dan Jalan Silang pada hari cuti umum sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan di sekitar ibu kota hari ini.

Tinjauan foto Bernama mendapati kebanyakan warga asing terdiri daripada Bangladesh, Nepal dan Myanmar memenuhi dua kawasan itu bagi membeli barangan keperluan, bersiar-siar dan mengambil peluang untuk melepak di tepi jalan.