Krisis Sri Lanka: Tiada permintaan rakyat Malaysia untuk pulang

Iklan
Saifuddin Abdullah

KUANTAN - Kementerian Luar tidak menerima sebarang permohonan daripada Kedutaan Colombia untuk membawa pulang 85 rakyat Malaysia yang berada di negara itu susulan kemelut krisis ekonomi di Sri Lanka.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan bersedia untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ada permintaan terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini kesemua 85 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan berada dalam keadaan selamat dan mereka dinasihatkan supaya tidak keluar dari rumah masing-masing.

"Pagi tadi (Isnin), saya berhubung dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Tan Yang Thai untuk mendapatkan maklumat terbaru. Walaupun keadaan di Sri Lanka belum reda tetapi kelihatan mungkin keadaan kembali baik selepas Presiden dan Perdana Menteri Sri Lanka meletakkan jawatan.

Iklan

"Mereka juga tidak meminta kerajaan untuk menguruskan kepulangan ke Malaysia susulan keadaan di negara terbabit. Namun Wisma Putra akan sentiasa memantau perkembangan negara itu dan bersedia melaksanakan proses evakuasi jika keadaan meruncing," katanya.

Saifuddin mengagihkan daging korban kepada penduduk di sekitar Kampung Sungai Karang pada program penyembelihan dan pengagihan daging korban di Sungai Karang di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas program penyembelihan dan pengagihan daging korban di Sungai Karang di sini pada Isnin.

Iklan

Sempena program itu, Pejabat Parlimen Indera Mahkota menyediakan 43 ekor lembu untuk program korban di kawasan parlimen itu.

Dalam pada itu ditanya mengenai keperluan terutama dari segi bekalan makanan, beliau menjelaskan tiada sebarang isu berhubung barang keperluan.

"Jika ada ahli keluarga yang berada di Malaysia tidak dapat berhubung dengan saudara mereka di Sri Lanka, kita nasihatkan berhubung dengan kedutaan di Colombo," katanya.