AMPANG - Seorang saksi wanita dicari polis untuk membantu siasatan berkaitan kes dadah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita itu adalah Sarah Alice Oothama Kumar Philip dengan alamat terakhirnya No 19, Lorong Tenggiri 6, Seberang Jaya, Pulau Pinang.